SANDAKAN, 24 Jun - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah akan melaksanakan Banci Peranian 2024 yang bermula 7 Julai hingga Oktober ini.
Susulan itu, DOSM memohon kerjasma masyarakat untuk menjayakan banci berkenaan yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.
Pengarah DOSM Sabah, Muhammad Amri Idris berkata, pelaksanaan banci tersebut bagi memastikan kelangsungan keterjaminan makanan serta kesejahteraan rakyat di Sabah.
Katanya, empat objektif utama ditekankan dalam banci pertanian iaitu mengumpul stok dan profil sektor pertanian merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi pegangan pertanian.
"Harapan saya kepada semua atau kita punya responden lah supaya memberi kerjasama kepada pembanci kita yang datang ke rumah supaya memberi kerjasama dan maklumat yang tepat terbaik.
"Dengan harapan supaya maklumat tersebut dijadikan sebagai import kepada pekerjaan dalam kita merencanakan untuk melaksanakan dasar-dasar yang lebih bersasar dan lebih baik," katanya.
Beliau ditemui pemberita RTM dalam Program Sesi Pemukiman Bersama Agensi Pertanian Peringkat Daerah Bahagian Sandakan di Sandakan.
Program disertai 54 peserta mewakili Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod.