fb fb fb fb fb

Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA, dijangka manfaatkan 500 pesakit buah pinggang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Sejumlah RM7.59 juta diperuntukkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi pelaksanaan Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA tahun ini.

Program dijangka memanfaatkan seramai 500 pesakit kaum India yang menghidap penyakit buah pinggang pada peringkat 'end-stage renal disease' (ESRD).

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P. Prabakaran peruntukan itu bagi membantu pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di pusat dialisis berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan.

"Dimana rawatan dialisis RM10,000, suntikan RM2,800, ujian darah RM600 dan juga kos pengangkutan.

"Setiap pesakit bakal menerima bantuan kos rawatan RM15,000 untuk satu tahun," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen.

Permohonan dibuka hingga 23 julai menerusi menerusi laman web https://shorturl.at/WWVqb.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM