fb fb fb fb fb

SK Ulu Melaka, lokasi perintis Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

LANGKAWI, 19 Mei- Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka di sini menjadi perintis jelajah Kempen Internet Selamat ke sekolah-sekolah di Zon Utara sebelum diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di zon tersebut.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan kempen berkenaan sebagai usaha memperkukuh keselamatan dalam talian dan membina komuniti digital berdaya tahan.

"Niatnya untuk menyampaikan mesej terutama kepada pelajar-pelajar sekolah rendah supaya tidak bermain media sosial dan menerapkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang manfaat dan bahaya media sosial serta internet," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara di SK Ulu Melaka di sini.

Beliau berkata jelajah berkenaan akan diperluaskan ke zon-zon lain dan berhasrat untuk bertemu dengan kesemua lebih 10,200 sekolah di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI