fb fb fb fb fb

Situasi politik Sabah terkawal

PETALING JAYA , 7 Januari - Situasi politik di Sabah terkawal dan pengurusan kerajaan negeri akan dipastikan tidak terjejas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat.

Beliau juga katanya akan memberi perhatian khusus mengenai perkembangan situasi politik di Sabah sejurus pulang daripada lawatan kerja di Indonesia yang dijadual berlangsung esok.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Keadaan masih tenang dan saya telah bercakap dengan Ketua Menteri Hajiji dan Datuk Seri Zahid sudah bercakap dengan Bung Mokhtar dan keadaan terkawal seketika. Dan insyaallah kita akan pastikan pengurusan kerajaan negeri tidak terjejas keranan keutamaan kita menjana ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat," kata Anwar di sini, menjelaskan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pakatan Harapan di sini.

Semalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan menarik sokongan kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Media Baharu