fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Indonesia perkukuh hubungan dua hala, teroka kerjasama baharu

SEPANG, 7 Januari- Lawatan rasmi julung kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia dari 8 hingga 9 Januari ini mampu memperkukuh hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.

Pada masa sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir optimis kerjasama baharu dalam pelbagai bidang dapat diterokai.

"Mesyuarat di antara kedua-dua pemimpin ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu dan menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau dan global.

"Antara isu utama yang akan dibincangkan adalah berkaitan kerjasama ekonomi termasuk potensi pelaburan oleh Malaysia di ibu kota negara (IKN) Nusantara," katanya.

(Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Beliau menyatakan demikian pada sidang media pembuka tirai lawatan sulung Perdana Menteri ke Indonesia di KLIA, di sini hari ini.

Dalam pada itu, lapan memorandum persefahaman (MoU) antara sektor swasta kedua-dua negara akan turut dimeterai.

Juga bakal dibincangkan strategi menangani diskriminasi minyak sawit dan hal ehwal berkaitan batas sempadan negara.

Media Baharu