fb fb fb fb fb

Reformasi Parlimen, Majlis Presiden PH syor adakan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri

PETALING JAYA, 7 Januari- Majlis Presiden Pakatan Harapan sedang mempertimbang untuk mengesyorkan pelaksanaan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri di Parlimen.

Cadangan merupakan sebahagian usaha tambah baik dan reformasi menjelang sidang Parlimen yang dijadual berlangsung Febuari.

Demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

"Sebagai contoh adalah Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri, yang sebelum ini ialah Sesi Jawab Lisan Menteri tetapi akan dikhususkan Jawab Lisan Perdana Menteri.

"Yang mana salah satu hari akan dikhususkan satu tempoh masa yang tertentu untuk dibawa soalan-soalan khusus untuk dijawab oleh Perdana Menteri," katanya.

(Fahmi Fadzil)

Beliau menjelaskannya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini hari ini.

Majlis Presiden PH turut berpendirian agar Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara kekal dianggotai pembangkang.

Ia bagi menjamin proses semak dan imbang kepada urus tadbir dan tata kelola kerajaan.

Media Baharu