fb fb fb fb fb

Komponen GRS, PH kekal sokong Datuk Seri Hajiji

KOTA KINABALU, 7 Januari- Empat parti komponen dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP); dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) teguh menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji.

Menerusi kenyataan bersama; kepimpinan tertinggi parti komponen tersebut, sepakat pengumuman Barisan Nasional (BN) Sabah sebelum ini tidak memberi kesan terhadap kedudukan semasa Datuk Seri Hajiji.

Ini kerana keabsahan ketua menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.

Kenyataan dikeluarkan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili; Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee; dan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sarawak ialah tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

Mereka terdiri daripada ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew; ADUN Tanjung Papat-Datuk Poon Fung Ming; ADUN Kadamaian-Datuk Ewon Benedick; ADUN Luyang-Phoong Jin Zhe; ADUN Kapayan-Jannie Lasimbang; ADUN Likas-Tan Lee Fatt; dan ADUN Inanam-Peto Galim.

Mereka menyatakan fokus utama adalah memastikan matlamat perjuangan membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 direalisasikan.


(Foto hiasan)

Selain itu, lima ADUN UMNO juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji.

Sokongan itu dinyatakan ADUN Tanjung Keramat; Datuk Shahelmey Yahya, ADUN Pantai Dalit; Datuk Jasnih Yahya; ADUN Sugut; Datuk James Ratib; ADUN Sindumin; Datuk Dr Yusuf Yacob dab ADUN Tempasuk; Datuk Mohd Arsad Bistari.

Sementara itu; Parti Warisan Sabah (WARISAN) pula menyerahkan sepenuhnya kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin untuk membuat keputusan berhubung situasi terkini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang terutama Perlembagaan Negeri Sabah dan parti itu tidak akan mendesak Pengerusi GRS untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.

Dalam pada itu Datuk Seri Hajiji mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri; Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada pukul 4.22 petang menggunakan kenderaan rasmi dan diiringi anggota keselamatan serta beberapa kenderaan lain.

Kenderaan beliau dilihat meninggalkan premis itu sekitar 5.10 petang selepas pertemuan kira-kira lebih setengah jam.

Media Baharu