fb fb fb fb fb

Soal keselamatan dan kesihatan rakyat tetap jadi keutamaan

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menegaskan bahawa soal keselamatan dan kesihatan rakyat tetap menjadi keutamaan.

Bagaimanapun, tegas menterinya Datuk Seri Tiong King Sing, ia perlu diseimbangkan dengan faktor ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

Setakat ini status quo masih kekal dan sebarang perkembangan dipantau dari semasa ke semasa.

Menerusi satu hantaran di facebook miliknya beliau berkata,"bersandarkan kepada fakta, Amerika Syarikat mencatatkan 99 juta jangkitan dan 1.08 juta kematian akibat COVID-19 manakala China 31,000 kematian dengan 10.16 juta kes positif direkodkan."

Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja juga tidak memperketatkan kemasukan pengembara dari China.

Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Perancis turut merekodkan jumlah jangkitan yang tinggi.

Ujar beliau lagi; Malaysia telah menerima kemasukan pengembara dari seluruh dunia lebih awal sebelum ini walaupun mereka datang dari negara yang memiliki rekod jangkitan COVID-19 yang tinggi.

(Tangkap layar FB Tiong King Sing)

Media Baharu