fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Kota Tinggi tidak berubah

Situasi banjir di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 4 Mei- Situasi banjir di Kota Tinggi masih belum reda apabila bencana itu terus menjejaskan seramai 300 orang penduduk, setakat pukul 12 tengah malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, angka tersebut, tidak berubah sejak 8 malam tadi. 

Ia melibatkan sejumlah 69 buah keluarga, yang kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang. 

Kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur di parlimen Tenggara.

Bagaimanapun, terdahulu statistik berkenaan merekodkan peningkatan ketara, berbanding 88 orang penduduk daripada 22 buah keluarga, dilaporkan terjejas pada 4 petang tadi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata, fenomena banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan, sejak 8 pagi hingga 1 tengahari.

Pemandu kenderaan digesa mengambil langkah berjaga-jaga, khasnya ketika menggunakan Jalan Kota Tinggi-Kluang, yang turut dilaporkan digenangi air.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE