fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju tanah di kawasan MADA dipindah status kepada pembangunan- PM

Perdana Menteri berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Tasik Darulaman, Jitra

JITRA, 4 Mei- Kerajaan Persekutuan bersetuju pada dasarnya dengan cadangan agar status tanah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dipindah kepada pembangunan industri dan komersil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengarahkan perkara itu dibincang dengan lebih lanjut oleh pihak yang berkaitan.

Beliau berkata, permintaan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bertujuan meningkatkan pendapatan negeri yang sebelum ini banyak bergantung kepada hasil pertanian.

Jelasnya, Kerajaan Persekutuan juga bersedia mempertimbangkan permintaan agar peruntukan menaik taraf prasarana pertanian bawah MADA dinaikan kepada RM5 bilion daripada RM3 bilion.

"Ini untuk memenuhi keperluan negara sebab itu, kita beri pertimbangan umpamanya cadangan beberapa kawasan yang asalnya  milik MADA kalau boleh sedikit di kawasan itu dipindahkan untuk dijadikan perumahan atau  industri atau  perniagaan.

"Untuk itu, Kerajaan Persekutuan secara bersetuju untuk pegawai-pegawai berunding segera  supaya membantu meningkatkan pendapatan meningkatkan pendapatan Kedah,"katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Tasik Darulaman, Jitra.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE