fb fb fb fb fb

RTM kekal setia berperanan teruskan seni warisan budaya- KP Penyiaran

Datuk Suhaimi Sulaiman ditemui selepas malam kemuncak Canggung Hibrid yang diadakan di Auditorium JKKN Perlis di Kangar

KANGAR, 4 Mei- Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu terus menyediakan program-program yang mampu mengekalkan kesinambungan budaya bagi membolehkan ia dapat diwarisi kepada generasi akan datang sekali gus dilihat relevan kepada masyarakat dalam mengekalkan budaya masyarakat setempat. 

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, kemuncak Canggung Hibrid yang dianjurkan Perlisfm menjadi salah satu contoh terbaik RTM dalam menyokong hasrat berkenaan. 

"Ambil contoh pada malam ini, kita mengutarakan canggung, membuatnya relevan untuk penonton pada hari ini, tapi asasnya masih ada.

"Yang penting sekali ialah bila ia relevan, tradisi itu akan berterusan, saya rasa penerimaan penonton adalah sangat bangus, saya duduk tadi pun sya mendapat mesej-mesej orang yang menikmatinya dan mereka ini orang yang duduk di bandar-bandar besar,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas malam kemuncak Canggung Hibrid yang diadakan di Auditorium JKKN Perlis di Kangar. 

Sebanyak empat kumpulan berentap di mana johan dimenangi oleh kumpulan Indera Sutera sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala naib johan disandang kumpulan Kesuma Inderatari sementara kumpulan Digantari menduduki tempat ketiga dan kumpulan Sutramaya keempat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE