fb fb fb fb fb

Petugas TH mula buat persiapan terima jemaah haji Malaysia di Mekah

Sebahagian petugas Operasi Haji Tanah Suci di Mekah

MADINAH, 5 Mei- Seramai 50 petugas Tabung Haji yang tiba di Madinah pada Jumaat lalu mula bergerak ke Mekah petang tadi.

Mereka terdiri daripada petugas kebajikan dan kesihatan.

Kesemua petugas tersebut bergerak awal ke Mekah sebagai persiapan sebelum menerima ketibaan jemaah haji Malaysia.

" Sesetengah akan berada di Bangunan Ibu Pejabat TH dan selebihnya akan ke bangunan pusat rawatan TH Mekah, akan bermula kerja untuk membuka menyiapkan operasi bagi menunggu bakal jemaah datang,"kata Timbalan Penyelaras Operasi Rombongan Perubatan, Muhammad Izrul Hashimi.

Secara keseluruhan, seramai 600 orang terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) tahun ini.

Ia melibatkan pelbagai sektor operasi antaranya pengurusan maktab dan zon; kesihatan; serta pembimbing ibadat haji.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE