fb fb fb fb fb

Sistem sokongan kukuh bantu kanak-kanak tangani tekanan berdepan pascabanjir

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 14 Disember - Sistem sokongan yang kukuh daripada ibu bapa dan individu sekeliling memainkan peranan utama dalam memastikan emosi, mental dan psikologi kanak-kanak terkawal ketika berdepan pascabanjir.

Menurut Pegawai Psikologi Klinikal, Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khairul Arif Razali, bantuan asas psikologi (PFA) yang diberikan dapat memberi harapan dan membantu kanak-kanak dalam pengurusan emosi, tekanan atau simptom trauma yang mula mengganggu kehidupan mereka.

Antara simptom awal termasuk rasa tidak selamat, takut yang terlampau, keliru, sedih, bimbang, tidak dapat tidur dan mimpi buruk, namun reaksi tersebut berbeza bagi seseorang kanak-kanak, bergantung kepada tahap daya tahan mereka.


(Pegawai Psikologi Klinikal, Jabatan Perubatan Psikologi PPUM, Khairul Arif Razali ditemu bual Berita
RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media)

"Konsep PFA sendiri sebagai contoh ibu bapa atau sukarelawan mengaplikasikan konsep PFA ini kepada kanak-kanak, bila kita dengar, bila kita tengok apa dan mungkin masalah yang mereka alami dari situ boleh menghubungkan mereka kepada perkara-perkara yang sewajarnya, kanak-kanak itu merasakan kebajikan mereka terjaga," kata beliau ketika ditemu bual Berita RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM), di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.

Jelas beliau, jika simpton tersebut berterusan lebih sebulan, ibu bapa perlu membawa kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan sewajarnya berkaitan psikologi.

Media Baharu