fb fb fb fb fb

Sistem rawatan komponen loji rosak punca puluhan ikan mati dalam tasik

Ratusan ikan ditemukan mati dalam sebuah tasik di Taman Matahari / Foto RTM

KULAI, 20 Mac -Kerosakan sistem rawatan komponen loji kumbahan di Bandar Indahpura, di sini menjadi penyebab berlakunya pencemaran di Tasik Taman Matahari.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, pencemaran itu mengakibatkan ribuan ikan ditemukan mati dalam tasik berkenaan.

Menurut Tian Soon, siasatan awal yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar, (JAS) mendapati terdapat efluen hitam di dalam longkang loji rawatan kumbahan berkenaan yang disebabkan kegagalan sistem rawatan komponen berfungsi dengan baik.
 
Tambahnya, loji tersebut juga disyaki melakukan pelepasan efluen kumbahan secara pintasan atau 'bypass'.
 
Selain itu, bacaan kualiti air di laluan efluen keluar loji serta kolam didapati merosot.
 
Pihak loji telah diarah membaiki semula sistem loji kumbahan serta merta.
 
Penguatkuasaan susulan telah dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Industri JAS Johor bersama Bahagian Kesihatan serta Bahagian Kejuruteraan dari Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terhadap loji tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD