fb fb fb fb fb

Kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' buahkan hasil, sasaran 300 ekor menjelang 2030 akan dicapai

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' menunjukkan hasil positif berikutan peningkatan jumlah populasi haiwan terancam itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perlindungan Hidupkan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata sasaran sekurang-kurangnya 300 ekor menjelang 2030 akan tercapai jika usaha secara komprehensif itu diteruskan.

"Kita berjaya dapatkan gambar-gambar di mana harimau berserta dengan anak-anaknya, kita tahu kalau harimau beranak, boleh beranak sehingga empat ekor menunjukkan tanda positif bahawa populasi itu telah menunjukkan peningkatan.

"Ditambah pula penceroboh-penceroboh semakin takut dengan undang,"katanya.

Survei Populasi Harimau Kebangsaan dari 2016 hingga 2020 mendapati populasi harimau Malaya di kawasan berhutan dianggarkan kurang 150 ekor.

Oleh itu, kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' dilancarkan pada 2019 bagi menyelamatkan haiwan liar itu daripada pupus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE