fb fb fb fb fb

Sistem pengurusan Pengelola Jemaah Haji berupaya lindungi jemaah

MAKKAH, 14 Julai - Pelaksanaan sistem pengurusan Pengelola Jemaah Haji (PJH) adalah yang terbaik untuk melindungi jemaah yang mahu menunaikan ibadah haji.

Selain melakukan pemantauan melalui mekanisme yang ditetapkan, PJH juga tidak dibenarkan mengambil bayaran daripada jemaah sehingga jemaah benar-benar terpilih mengerjakan haji sama ada mengikut giliran atau rayuan.

Merujuk visa khas kerajaan Arab Saudi atau furada, Presiden Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata jemaah perlu terlebih dahulu merujuk TH sebelum sebarang keputusan dibuat.

(FOTO FAIL)

Manakala pihak yang memperolehi visa tidak boleh membelakangi TH dalam apa jua urusan.

"Jangan membelakangkan Akta 535, Akta Tabung Haji 1995. Akta ini digubal untuk menjaga kepentingan umat Islam daripada negara kita, untuk menunaikan fardhu haji. Apabila kita mendapat apa sahaja kelulusan khas daripada kerajaan Arab Saudi atau pejabat kedutaan ini, para jemaah dan rakyat Malaysia dengan segera menghubungi Tabung Haji. TH ada mekanismenya," kata Harun di sini.

Jelasnya, tuduhan liar mengenai kartel haji dalam TH adalah tidak berasas dan hanya bertujuan mencemarkan nama baik badan haji utama Negara itu.

Kartel yang wujud adalah diluar PJH yang dilesenkan TH kerana tiada pengawalan khusus terutama terhadap pengeluaran visa khas yang tidak pasti oleh Arab Saudi.

Media Baharu