fb fb fb fb fb

Empat sekeluarga maut kemalangan, selamat dikebumikan

PERMATANG PAUH, 14 Julai - Empat sekeluarga yang maut akibat kemalangan di Simpang Pulai, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.02 petang, keluarga tersebut dipercayai dalam perjalanan menghala Kuala Lumpur untuk menghantar anak perempuan mereka.

Kereta sekeluarga itu, terbabit dalam satu kemalangan melibatkan enam kereta dan sebuah treler di kilometer 277.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan menghala Simpang Pulai, Perak.

(Kesemua empat sekeluarga yang maut
akibat kemalangan di Simpang Pulai selamat dikebumikan)

Mangsa adalah seorang lelaki dan tiga wanita dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa kemalangan berasal dari Sungai Petani , Kedah.

Media Baharu