fb fb fb fb fb

Peniaga Uptown Shah Alam terima dana SMEEF 2.0 susulan bencana banjir Disember lalu

SHAH ALAM, 14 Julai- Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp mengagihkan penyerahan dana kecemasan(SMEEF 2.0) kepada peniaga-peniaga di Uptown Shah Alam yang terjejas akibat banjir Disember lalu.

Menterinya,Tan Sri Noh Omar berkata kesemua peniaga terjejas itu menerima RM3,000.

"Untuk usahawan mikro Selangor, mereka juga kita berikan bantuan mikro yang bernilai RM3,000 secara tunai. Daripada peruntukan RM50 juta itu, RM15.8 juta kita bantu usahawan mikro yang terlibat dalam banjir," kata Noh Omar kepada pemberita RTM.

Sehingga hari ini, di Selangor sahaja seramai 5,258 usahawan mikro telah mendapat sumbangan tersebut.

Tambahnya, melalui dana SMEEF 2.0 ini,Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) turut diberi pinjaman tanpa faedah dan moratorium selama setahun kepada kesemua penerima.

Selain itu, KUSKOP juga telah memberi bantuan kepada 851 PKS di Selangor melibatkan jumlah hampir 84 juta dalam bentuk pinjaman.


(Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar) 

Media Baharu