fb fb fb fb fb

Sistem pendidikan negara mengorak langkah positif mencapai sasaran 55 peratus graduan (TVET) menjelang 2025

JOHOR BAHRU, 28 Julai - Peratusan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang melanjutkan pengajian dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), dianggarkan berada pada 30 hingga 40 peratus, pada masa kini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad berkata, pelbagai usaha sedang dijalankan bagi mencapai sasaran 55 peratus lepasan SPM melanjutkan pengajian ke TVET, menjelang 2025.


(Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad)

Menurutnya, pendidikan dalam bidang TVET bukan sahaja dilaksanakan oleh JPPKK, malah, turut melibatkan 11 kementerian yang berbeza.

Usaha termasuk, menjalankan program promosi, selain memberi peluang kepada lepasan SPM, memasuki program sijil, seterusnya ke diploma.

Menurutnya, tidak wujud halangan jantina di dalam TVET, kerana program tersebut berteraskan minat, tanpa mengira latar belakang.

"Kalau dahulu orang ingat TVET ini, bodoh la, susah la, tapi tengok hari ini, kita belajar robotik, mudah je, lelaki boleh buat pengaturcaraan, perempuan pun begitu, dan saya kira masa depan dia memang semua pelajar, khusus mereka yang memang berminat daripada teknologi," katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Piala FIRA ke 15 tahun 2022 di Pasir Gudang, Johor Bahru.

“Pelbagai kursus kita kenal pasti. Jadi, lepasan SPM boleh masuk ke program sijil dahulu kemudian menapak ke program diploma dan seterusnya. Saya yakin dan percaya bahawa pelajar yang dahagakan ilmu dan kemahiran akan pergi ke program TVET sebagai pilihan kerjaya masa depan mereka,” jelasnya.

Media Baharu