fb fb fb fb fb

PSIS julang Piala FIRA Malaysia 2022

JOHOR BAHRU, 28 Julai- Politeknik Sultan Idris Shah, muncul juara keseluruhan Kejohanan Piala FIRA Malaysia 2022 dengan membawa pulang empat pingat emas di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor, petang tadi.

Emas diperoleh menerusi acara elak halangan ROBOSOT, Perintah Suara AiBot, MYBOT Arc dan Larian Hurocup.

Politeknik Sultan Azlan Shah pula menduduki tempat kedua dengan tiga emas, lima perak, dua gangsa, diikuti tempat ketiga, Politeknik Port Dickson, dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa.

Anjuran FIRA kali ini mencatat penyertaan 234 pelajar daripada 17 Politeknik seluruh negara, serta empat Kolej Komuniti dan sepuluh sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad berkata, program sedemikian mampu menanamkan minat pelajar sekolah, terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

"Program FIRA, memang lebih tertumpu kepada robotik, jadi ianya merupakan satu progran untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar kita.

"Kita nak mula daripada peringkat sekolah, tanamkan minat kepada robot, yang berasaskan mata Pelajaran STEM dan apabila meningkat kepada peringkat lebih tinggi, dia akan pergi ke TVET," kata Zainab.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Piala FIRA ke-15 tahun 2022 di Pasir Gudang, Johor Bahru.


(Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad)

Media Baharu