fb fb fb fb fb

Jambatan gantung baharu Kampung Mansiang Baru dibina dalam masa terdekat

KENINGAU 28 Julai- Susulan video tular di media sosial berdurasi 38 saat yang menunjukkan murid sekolah menyeberangi jambatan saluran paip berikutan banjir kilat di Kampung Mansiang Baru dalam kawasan dewan undangan negeri DUN Tulid, Sook.

Ibu bapa ataupun penjaga diingat agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak.

Wakil Rakyat Tulid, Flovia Ng, berkata, perkara ini seharusnya dilaporkan kepada pihak pasukan keselamatan untuk tindakan penyelamatan segera bagi mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM, mengulas perkara berkenaan di pejabat Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat UPPM Dun Tulid.

Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut memaklumkan bahawa permohonan pembinaan jambatan gantung baharu di kampung tersebut sudah dibuat sejak bulan Febuari lalu dan baru sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB Sabah pada 3 Jun.

Pembinaan jambatan gantung baharu akan dimulakan dalam masa terdekat sebaik sahaja proses tender projek diserahkan pihak kontraktor dilantik nanti.

Ia sekali gus menafikan pelbagai tanggapan negatif seperti yang ditularkan mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan rakyat.


(ADUN Tulid, Flovia Ng)

Media Baharu