fb fb fb fb fb

Isu keciciran pendidikan di kalangan orang asli menjadi keutamaan JAKOA

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Isu keciciran pendidikan dalam kalangan orang asli akan terus menjadi keutamaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pegawai pendidikan mengambil tindakan bertemu pelajar terlibat yang dikenal pasti melalui data yang dikumpul.


(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

"Sampai darjah enam ada yang berhenti terus dan ini kita dah kenal pasti data daripada JAKOA dari kampung mana yang dalam JAKOA yang pergi jumpa dengan keluarga itu untuk ambil bawa ke sekolah,"

Kini, terdapat lebih 900 pelajar dalam kalangan orang asli yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Tempatan manakala 53 lagi menuntut di Luar Negara.

Beliau menjawab pertanyaaan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Setakat ini, tiga jenis sistem persekolahan digunakan bagi masyarakat orang asli iaitu sekolah jenis berasrama bermula darjah satu hingga enam, Sekolah K-Nine yang menempatkan pelajar dari darjah satu hingga tingkatan tiga dan sekolah jenis campuran.

Media Baharu