GENEVA, 6 Jun- Malaysia komited memperkukuh keselamatan sistem pendidikan sebagai sebahagian agenda global pengurangan risiko bencana, menerusi Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 yang selaras dengan Kerangka Sendai.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, antara inisiatif dilakukan termasuk pembangunan Modul Pendidikan Risiko Bencana (DRR) oleh Kementerian Pendidikan bersama UNICEF Malaysia dan NADMA yang memberi manfaat kepada lebih 7,800 sekolah rendah.
Selain itu, Malaysia turut melaksanakan Program Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang melibatkan lebih 44,000 rakyat termasuk 12,000 belia dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan syarikat swasta.
Platform ini jelasnya, menjadi medan penting Malaysia menyuarakan peranan aktifnya dalam memperkukuh keselamatan sekolah dan kesiapsiagaan bencana secara global.
Beliau beliau berkata demikian ketika mewakili negara di Platform Global untuk Pengurangan Risiko Bencana di Geneva.