fb fb fb fb fb

Sistem pembekalan elektrik negara akan diperbaharu

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara bakal dilaksana sebagai langkah awal merancakkan komitmen negara dalam peralihan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyatakan komitmen itu berkata, kerajaan meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat (MW) bagi sumber solar.

Sehubungan itu, dijangkakan 14,000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan baharu berjumlah RM6 bilion dapat diwujudkan bagi menyokong pembangunan industri TBB negara.

"Pertama, meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota TBB sebanyak 1,200 MW bagi sumber solar. Kuota baharu ini akan diagihkan untuk pelaksanaan program bawah mekanisme sedia ada, termasuk Susunan Penghantaran Baharu Yang Dipertingkat (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan," kata beliau.

"Penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baharu seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat-pusat data baharu serta penjanaan hidrogen hijau dan sebagainya,"kata Ismail Sabri semasa berucap merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa
(ISES) Kelima 2022)

Pelaksanaan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara antara lain termasuk melaksanakan inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang, Pulau Perhentian di Terengganu dan Pulau Tioman, Pahang.

Selain itu membangunkan kerangka Sijil Tenaga Boleh Diperbaharu Kebangsaan dan menetapkan kerangka perundangan kawal selia keselamatan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik.

Media Baharu