fb fb fb fb fb

Hari Kebangsaan 2022: Demo ATM, PDRM, maskot animasi menanti Keluarga Malaysia

(23 ekor kuda akan mengiringi perarakan selepas 17 tahun tiada perarakan berkereta kuda)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Kereta berhias menampilkan 26 maskot watak animasi terkenal tempatan merupakan antara tarikan Perarakan Hari Kebangsaan 2022 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata selain itu demontrasi oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia juga akan menampilkan elemen kejutan untuk Keluarga Malaysia.

Rakyat Malaysia juga akan menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diarak menaiki kereta kuda diraja.

23 ekor kuda akan mengiringi perarakan selepas 17 tahun tiada perarakan berkereta kuda.

"Jadi ini merupakan satu konsep keterangkuman dan kebersamaan dan kita bersyukur kita dapat menyambut insya-Allah sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana meriah yang dapat memberi keseronokan khsusunya kepada Keluarga Malaysia yang hadir," kata Mohammad selepas menjadi tetamu Program Bicara Naratif di Angkasapuri.

Tambahnya, buat julung kalinya Orkestra RTM akan mengiringi setiap persembahan.

50,000 pengunjung disasar menghadiri acara besar-besaran dan penuh kelainan ini.

(Datuk Seri Mohammad selapas menjadi tetamu Program Bicara Naratif di Angkasapuri)

Media Baharu