fb fb fb fb fb

KeTSA akan terus perhebat kerjasama dengan pihak pembangunan tenaga lestari

(Pembangunan tenaga lestari/Foto fail)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Sejajar dengan inisiatif pembangunan tenaga lestari, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan terus memperhebat kerjasama dengan pihak berkaitan.

Timbalan Menteri, Datuk Ali Biju berkata ini bagi membantu pelaksanaan peralihan tenaga secara berkesan, sekali gus memelihara kelestarian alam sekitar.

"Kebanyakan organisasi komited dalam penggunaan bekalan elektrik mesra alam sekitar dan menyokong matlamat tersebut dengan sokongan pelbagai organisasi dalam persidangan kali ini.

"Saya yakin dapat bekerjasama untuk merealisasikan komitmen kerajaan supaya menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050 melalui usaha transisi tenaga," kata Ali semasa menyampaikan teks ucapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam majlis makan malam Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) kelima 2022, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

(Datuk Ali semasa membaca teks ucapan Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam majlis
makan malam Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa kelima 2022)

Media Baharu