fb fb fb fb fb

FIESTA MERDEKA@UTAGHA dapat sambutan menggalakkan

(Orang ramai menyaksikan Program FIESTA MERDEKA@UTAGHA)

ALOR SETAR, 30 Ogos- Program FIESTA MERDEKA@UTAGHA yang diadakan di Menara Alor Setar, Kedah malam tadi, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pelbagai acara diadakan sepanjang program tersebut yang turut menampilkan persembahan beberapa artis terkenal tanah air.

Antaranya Afieq Shazwan, Projector Band, Drama Band, dan Yabang selain deklamasi puisi kemerdekaan oleh Saaidin Abdullah dan Puzi Hadi.

Selain itu, fiesta turut menggabungkan kombinasi mantap juruhebah-juruhebah terkenal di kawasan utara seperti Dj E dan DJ Zul Renova dari KEDAHfm; Dj Iqbal dari PERLISfm; Dj
Amin dari MUTIARAfm; DJ Najib dari LANGKAWIfm; dan DJ Reeq dari PERAKfm.

(Fairuz berkata Program FIESTA MERDEKA@UTAGHA dapat sambutan yang menggalakkan)

"Pada saya program yang seumpama ini amat bagus untuk dianjurkan. Dengannya secara tak langsung kita dapat menggalakkan atau menarik orang ramai untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan semangat untuk menyemarakkan Bulan Kemerdekaan kita pada kali ini. Tahniah kepada RTM Kedah yang berjaya menganjurkan konsert yang amat bermakna ini," kata Timbalan Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Fairuz Mohd Radzi.

"Akhirnya perancangan kita yang telah kita rancang sekian lama telah berjaya kita laksanakan pada malam ini. Saya sangat berbesar hati kerana melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton-penonton, dan juga saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan daripada zon utara iaitu RTM Perlis, RTM Pulau Pinang, RTM Langkawi dan RTM Perak yang telah sama-sama menyumbang dari segi kakitangan dan fasiliti yang kita perlukan," kata Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar.

(Sharimah berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat)

Media Baharu