fb fb fb fb fb

JDT benam Melaka United 4-0

(Jaringan hatrik Bergson Da Silva mengukuhkan reputasinya sebagai penjaring terbanyak)

ISKANDAR PUTERI, 30 Ogos- Pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) membenam Melaka United 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Jaringan hatrik Bergson Da Silva mengukuhkan reputasinya sebagai penjaring terbanyak liga ketika ini.

Fernando Forestieri membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar petak penalti pada minit ke-13.

Bergson melebarkan pendahuluan pada minit ke-32 sebelum menambah gol pada minit 42.

Penguasaan tuan rumah berterusan pada babak kedua walaupun cuba disaingi Melaka.

Bergson melengkapkan hatrik pada minit ke-85 untuk memastikan keputusan 4-0 milik penyandang juara Liga Super itu.

(Fernando Forestieri membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar petak penalti
pada minit ke-13)

Sementara itu, pengendali JDT Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan kekalahan tempoh hari dalam saingan Liga Juara Asia di Jepun tidak merencatkan perancangan beliau.

"Sudah tentu kita kalah di Jepun, tetapi itu membuatkan kita berkembang, menjadikan kita bertambah baik sebagai satu pasukan dan kita boleh memperoleh kemenangan, kemenangan yang baik dalam liga,

"Kami akan mengambil apa yang berlaku di Jepun sebagai penambahbaikan dan sebagai pengalaman kepada kami sebagai sebuah pasukan dan sebuah kelab," kata Bidoglio.

"Perkara paling penting ialah menjaringkan. Peluang yang kita dapat kita tak manfaatkan. Johor juga mendapat peluang dan mereka mempunyai pemain import yang baik yang boleh menjaringkan gol. Itu sebabnya keputusan perlawanan malam ini kita kalah 0-4," kata Ketua Jurulatih Melaka United, Mohd Asri Ninggal.

JDT seterusnya akan bertemu Selangor FC di Stadium MBPJ, sebelum Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala FA, pada 10 September.

Media Baharu