fb fb fb fb fb

Sistem PADU, pertingkat kecekapan pentadbiran Kerajaan Perpaduan - Fahmi

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Januari- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilihat sebagai pengubah keadaan (game changer) dalam merangka gerak kerja dan dasar kerajaan. 

Justeru Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap agar rakyat dapat mendaftar serta mengemas kini maklumat dalam sistem berkenaan selain memudahkan urusan penyampaian manfaat daripada kerajaan.

"Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tidak perlu risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka," kata Fahmi kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sistem PADU, di sini.

Tambahnya, pelancaran sistem tersebut amat membantu urusan pentadbiran kerajaan, menerusi pengumpulan maklumat daripada pelbagai agensi dan dimanfaatkan secara masa nyata (real-time).

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), hari ini di Putrajaya.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan keupayaan jentera kerajaan yang membantu merealisasikan hasrat negara tanpa bergantung kepada konsultan antarabangsa sekali gus membantu penjimatan kos yang tinggi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM