fb fb fb fb fb

Sistem kesihatan negara, KKM rangka langkah selesaikan isu-isu berbangkit

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses merangka langkah-langkah bagi menyelesaikan isu berbangkit melibatkan situasi semasa sistem kesihatan negara.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, pendekatan bersasar yang dirancang melibatkan usaha menangani pelbagai isu.

Ia termasuk soal kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, penetapan gaji yang saksama serta jaminan pekerjaan.

"KKM juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan bagi membentangkan perincian mengenai keperluan untuk mendapatkan peruntukan lebih besar meliputi aspek infrastruktur, digitalisasi sistem dan sumber manusia," katanya menerusi kenyataan.

Pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas terutamanya dapatan daripada kakitangan di lapangan.

Semua perkara berkenaan merupakan sebahagian daripada pembaharuan dan keutamaan Kertas Putih Kesihatan yang akan dijadikan sebagai penanda aras kepada pelbagai reformasi sektor kesihatan pada masa akan datang.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu