fb fb fb fb fb

Perhimpunan: Polis rakam keterangan 10 individu

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda di ibu negara Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, bagaimanapun memaklumkan, dalam tempoh terdekat, beberapa individu akan dipanggil, bagi membantu siasatan.

Perkara itu diberitahu selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.


(Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim/ BERNAMA)

Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya mengesan dua perhimpunan yang diadakan di ibu negara, Jumaat lepas, bagi menyerahkan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan terhadap agama Islam.

Media Baharu