fb fb fb fb fb

Johor mohon penambahan penerbangan terus dari China, India

PONTIAN, 2 Februari- Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan untuk menambah penerbangan terus antarabangsa dari lima bandar di China ke negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya, K. Raven Kumar berkata langkah berkenaan bagi meningkatkan kehadiran pelancong luar.

"Selain China, pertambahan penerbangan terus dari India, turut dimohon. Perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, baharu-baharu ini," katanya kepada pemberita di sini.

Setakat ini, hanya Thailand, Indonesia dan Vietnam yang memiliki penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Beliau turut memaklumkan, terminal tambahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga telah siap dan sedia menerima tambahan pelancong domestik serta antarabangsa.

Terminal tambahan itu akan dirasmikan dalam masa terdekat.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu