fb fb fb fb fb

FCoEE terajui pendidikan digital di Perlis

(Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul pada Majlis Appresiasi Akar
Tunjang 
Kemenjadian Murid Tahun 2022 /FB Pejabat Menteri Besar Perlis)

KANGAR, 2 Februari- Faizuddin Center of Educational Excellence (FCoEE) menjadi peneraju pendidikan digital di Perlis, dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai mentaliti kelas pertama dalam segala tindakan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah usaha itu dilakukan menerusi Program Digitalisasi Jamalullail dan FCoEE.

"Sistem pendidikan negara sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk ditambah baik agar dapat kekal relevan untuk para pelajar, selari dengan peredaran masa kini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Appresiasi Akar Tunjang Kemenjadian Murid Tahun 2022 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Kangar.

Turut berkenan hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahril Akashah Khalil.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman berkata, Program Kemenjadian Murid turut memberi peluang penyertaan kepada lebih ramai murid mencipta pelbagai kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

"Ini sebenarnya memberikan lebih ruang dan peluangkepada para pelajar kita bukan sahaja kepada kumpulan yang berada di hadapan, tetapi juga kumpulan sederhana dan kumpulan yang kita katakanhalus, harapan lulus. Saya juga melihat bahawa sekolah sekolah juga telah mula percaya akan pendekatan secara 'hand on' ini atau secara 'fast learning' ," katanya.


(Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman)

Media Baharu