fb fb fb fb fb

Ops Pemandu Warga Asing, tujuh motosikal disita

PADANG TERAP, 2 Februari- Tujuh motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu Malaysia yang sah.

Sitaan dibuat Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah dalam Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dilaksanakan di kawasan sekitar daerah Padang Terap.

Sitaan dibuat di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan lain-lain notis atas pelbagai kesalahan.

Tegas JPJ Negeri Kedah, pemilik kenderaan dilarang membenarkan warga asing menggunakan kenderaan milik mereka sekiranya tidak mempunyai lesen memandu dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Ini susulan segelintir rakyat Malaysia membenarkan warga asing menyewa atau menggunakan kenderaan mereka untuk pelbagai tujuan.

"JPJ akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas pemilik kenderaan berdaftar jika mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah berkaitan yang masih berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu