fb fb fb fb fb

Sistem e-Konsular kembali pulih seperti biasa


PUTRAJAYA, 12 April - Sistem e-Konsular yang menerima dan memproses permohonan Sijil Kelakuan Baik (SKB) telah kembali pulih seperti biasa.

Menerusi kenyataanya, KLN memaklumkan bahawa pemohon dapat menerima sijil tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Kelewatan ini sebenarnya berpunca daripada masalah teknikal pada perkakasan sistem data.

"Tindakan segera telah diambil dan langkah penyelesaian telah pun dipersetujui dalam menangani kelewatan ini.

"Langkah yang diambil ini adalah amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang diperlukan oleh orang awam tidak terjejas," katanya.

(FOTO Fail)

Menurut kenyataan itu lagi, proses permohonan SKB kini kembali berjalan seperti biasa dan tempoh menunggu untuk kelulusan adalah tidak melebihi satu hingga dua bulan.

"Ia seperti yang dinyatakan di sistem e-Konsular dan laman web Kementerian," katanya pada Selasa.

Oleh itu, semua pemohon dinasihatkan supaya memenuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan dalam sistem e-Konsular untuk memastikan SKB yang dipohon dapat dikeluarkan dengan sewajarnya.

Media Baharu