fb fb fb fb fb

Muslim Care Malaysia, hantar bantuan Ramadan RM1 juta ke Afghanistan

HERAT, 12 April - Badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) menyasarkan RM1juta nilai bantuan yang akan disampaikan menerusi misi kedua ke negara bergolak Afghanistan, Ramadan ini.

Misi 'Care4Afghan 2.0' bertemakan Kembara Ramadan Afghan yang bermula 6 April lalu itu disertai 14 sukarelawan dan aktivis kemanusiaan, membawa 1,000 bakul makanan mengandungi keperluan asas seperti minyak masak, beras, tepung gandum, air mineral, arang dan kekacang.

Menurut Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan, bakul makanan ini dijangka boleh bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sebuah keluarga lima hingga enam orang.

"Rombongan misi bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia kali ini sangat istimewa kerana dibuat pada bulan Ramadan. Kita ada 11 hari dan 4 hari di Herat sebuah bandar di Afghanistan bagi program iftar untuk 300 pelajar Madrasah Darul Ulom di sini," katanya disini hari ini.

Seterusnya, misi bantuan ini akan bergerak ke ibu kota Afghanistan di Kabul.

Semasa di Kabul, MCM akan menyerahkan 500 bakul makanan, meraikan 500 anak-anak yatim, membina telaga air bersih dan menyerahkan mesin jahit kepada ibu-ibu tunggal untuk mereka memulakan perniagaan bagi membina hidup baru.

Pasukan ini juga merancang untuk mengadakan pertemuan bersama pimpinan utama Taliban dalam usaha mengeratkan silaturahim selain memudahkan
kerjasama pembangunan program antara dua negara.


(Muslim Care Malaysia bersama 300 pelajar Madrasah Darul Ulom dalam program iftar)

Media Baharu