fb fb fb fb fb

Permohonan penggajian warga asing sudah lebih 500,000, separuh dalam sektor pertanian

LANGKAWI, 12 April- Sehingga kini, lebih 500,000 permohonan penggajian pekerja warga asing diterima sejak ia mula dibuka pertengahan Februari lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, separuh daripada permohonan itu melibatkan pekerja dalam sektor pertanian dan agrikomoditi.

Katanya, kemasukan pekerja asing ini akan lebih terjamin dengan blok rantai dan ekosistem yang disediakan selain mengekalkan sistem pengambilan menerusi Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

"Pengusaha getah, ladang-ladang yang besar tidak jadi masalah, mereka ada syarikat-syarikat besar, mereka terus membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia.

"Ketika ini dah buka untuk sektor perladangan dan komoditi, jadi ketika ini saya difahamkan dalam 500,000 permohonan 200,000 adalah daripada pertanian dan juga agrokomoditi," kata Zuraida.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Akademi Hevea Cawangan Langkawi pagi tadi.

Platfom FWCMS juga akan digunakan bagi tujuan pemantauan pekerja asing yang tiba di Malaysia selaras dengan SOP Kemasukan Pekerja Asing bagi semua sektor. 


(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin 
merasmikan Akademi Hevea Cawangan Langkawi)

Media Baharu