fb fb fb fb fb

Sistem amaran awal banjir mudahkan pemindahan mangsa- Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM

TEMERLOH, 15 November - Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, acuan sistem itu berdasarkan kelaziman banjir yang berlaku setiap tahun.

"Apa yang saya sebutkan tadi, adalah piawaiannya. Kita mempunyai 'Early morning sistem' di mana lazimnya templat ini senarai mangsa telah ada pada NADMA. Kita nasihatkan mereka untuk berpindah awal", katanya demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu di sini, pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, beberapa daerah dikenal pasti berkemungkinan mengalami luruan hujan luar biasa ialah Temerloh, Pahang, Segamat dan Kota Tinggi, Johor serta Kota Belud dan Marudu di Sabah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD