fb fb fb fb fb

Sirah perjuangan Rasulullah sumber rujukan berharga - Ahmad Zahid

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 September- Sirah perjuangan dan kehidupan Rasulullah merupakan sumber rujukan amat berharga untuk semua pihak dalam membangunkan sebuah negara.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook ketika mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di seluruh negara.

"Kegigihan dan keteguhan baginda SAW di dalam menempuhi cabaran dan kesulitan menyebarkan risalah Islam dengan penuh tekad dan keberanian menjadi contoh ikutan bahawa kita dituntut untuk sabar, tabah dan istiqamah di dalam memimpin perubahan demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

"Jadikan hari ini, hari untuk kita bersama renungkan dan menerapkan nilai-nilai mahmudah yang ada di dalam diri baginda Nabi SAW untuk dipraktikkan, khususnya di dalam mengukuhkan perpaduan, menghargai kepelbagaian yang Allah takdirkan dan menghormati kerencaman etnik, budaya dan agama di Malaysia," kata Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengajak umat Islam untuk mengamalkan sunnah Rasulullah dan mendoakan agar seluruh rakyat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu