fb fb fb fb fb

Contohi keindahan akhlak Nabi Muhammad, hayati perjuangan baginda - PM

KUALA LUMPUR, 27 September - Keindahan pekerti dan akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan contoh utama yang perlu diikuti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, apatah lagi sifat baginda yang tidak mencela, memfitnah atau memaki hamun terhadap sesiapa pun.

"Dakwah Baginda mendobrak asabiyyah dan kejumudan, membimbing umat Madinah yang bhineka (beraneka) menuju cahaya keadilan dan ihsan.

"Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW," katanya dalam perutusan Maulidur Rasul menerusi hantaran laman Facebook malam ini.

anwar

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok melibatkan penyertaan seramai 6000 orang dari 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta.

Majlis melibatkan acara Perarakan Kontinjen dengan penyertaan seramai 3700 orang peserta lelaki.

Manakala peserta selebihnya adalah wanita akan mengikuti Bicara Santai Dhuha di Dewan Planery PICC yang akan bermula serentak pada 7.30 pagi.

Media Baharu