fb fb fb fb fb

Operasi Khas Motosikal 2023: Lebih 380,000 motosikal diperiksa di seluruh negara

PASIR GUDANG, 27 September- Sebanyak 383,34 buah motosikal diperiksa dalam tempoh 26 hari sehingga semalam dalam Operasi Khas Motosikal 2023 di seluruh negara. 

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 124,345 menerima notis atas pelbagai kesalahan pelanggaran peraturan jalan raya.

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah sebanyak 43,650 motosikal tidak mempunyai perlindungan insurans diikuti sebanyak 33,472 notis tiada lesen memandu sah dan lain-lain lagi. 

Tindakan diambil mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).


(Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Datuk Lokman Jamaan)

"Lebih kurang 32 peratus kenderaan motosikal yang berada di jalan raya tidak mematuhi peraturan-peraturan, terlibat dalam pelbagai kesalahan. Ini menunjukkan bahawa selari dengan petunjuk kematian disebabkan kemalangan motosikal yang menyumbang kepada 70 peratus kematian setakat ini berpunca daripada motosikal.

"Itulah sebabnya JPJ dan semua agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar membantu kami untuk mengurangkan kesalahan dan juga mengurangkan kadar kemalangan kerana kadar pematuhan yang sangat rendah", katanya dalam sidang media di sini.

Sementara itu, JPJ tidak pilih kasih dalam menjalankan operasi ini termasuk tidak membezakan antara penunggang motosikal biasa dan penghantar makanan. 

Dalam operasi yang berjalan selama empat jam itu, sebanyak empat motosikal penghantar makanan disita atas pelbagai kesalahan. 

Media Baharu