fb fb fb fb fb

16 keluarga terjejas banjir di Perlis setakat 12 tengah malam

ARAU, 28 September- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah dibuka sejak pukul 8.00 malam tadi berikutan banjir yang melanda sekitar Kampung Kubang Gajah ekoran hujan lebat petang semalam

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud, penduduk terjejas di PPS itu terus mencatat peningkatan, setakat 12.00 tengah malam tadi.

"Setakat 12.00 tengah malam, PPS berkenaan menempatkan 16 keluarga melibatkan 42 penduduk terjejas iaitu 11 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa, 14 orang kanak-kanak, serta seorang bayi," katanya kepada pemberita di sini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri telah mengerakkan 30 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membantu memindahkan serta menyelaras penduduk terjejas banjir ke PPS SK Kubang Gajah.

Agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana terus memantau keadaan seluruh Perlis berikutan peningkatan aras air di beberapa kawasan.


(Agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana terus memantau keadaan
seluruh Perlis berikutan peningkatan aras air di beberapa kawasan.)

Media Baharu