fb fb fb fb fb

Sindiket dadah tumpas, lima suspek ditahan

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan dua sindiket dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah seberat 696 kilogram bernilai RM25.35 juta dalam serbuan di Selangor dan Kedah pada Khamis serta awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lima individu termasuk seorang wanita ditahan dalam dua serbuan itu.

Pada serbuan pertama sekitar Selangor pukul 2.30 pagi Khamis, polis merampas dadah jenis syabu seberat 404.3 kilogram, heroin seberat 7.7 kilogram dan pil ekstasi seberat 35.3 kilogram dianggarkan bernilai RM16.4 juta.

Polis turut menahan seorang individu berusia 40 tahun manakala dalam serbuan awal pagi tadi di Kedah dan Selangor, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun.

Syabu seberat 248.7 kilogram dianggarkan bernilai RM8.95 juta dirampas.

"Kedua-dua sindiket ini dipercayai mula aktif sejak penghunjung tahun 2021. Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diseludup ke negara jiran untuk pasaran antarabangsa dan juga diedar untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua kes di siasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu sisatan. Saringan awal polis terhadap suspek mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," kata Ayob dalam satu sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur.


(Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskannya dalam satu sidang media
di Bukit Aman, Kuala Lumpur)

Media Baharu