fb fb fb fb fb

Simulasi Pasukan Unit Tempur Ringan, persediaan hadapi PRU15

IPOH, 31 Oktober- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menjalankan simulasi Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Simulasi yang dilakukan di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh itu melibatkan 227 pegawai IPD Ipoh dan 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, latihan sebegini adalah wajar sebagai persiapan fizikal dan mental anggota bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan menjelang PRU15.

"Latihan atau simulasi ini dijalankan adalah lanjutan kesiapsiagaan PDRM Kontinjen Perak untuk menghadapi PRU15 akan datang.

"Jadi untuk itu, kekuatan IPD Ipoh kita telah mengatur gerak seramai 1,567 orang menjalani penugasan untuk setiap fasa pilihan raya, sehingga tamat penugasan," katanya.

(Datuk Mohd Yusri Hassan Basri)

Beliau ditemui media ketika merasmikan simulasi terbabit di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh, di sini hari ini.

Mohd Yusri turut mengingatkan semua anggota polis Perak supaya menjalankan tugas secara berhemah dan berpandukan kepada undang-undang serta peraturan yang ditetapkan sepanjang PRU15.

Media Baharu