PETALING JAYA, 6 Julai- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud melanda kepulauan Nicobar, rantau India pada pukul 3.42 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 30km Timur Laut dari Sabang, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.