fb fb fb fb fb

Kedah bahas usul antilompat parti sidang DUN akan datang

ALOR SETAR, 31 Oktober- Kerajaan Kedah bercadang membawa dan membahaskan usul berkaitan antilompat parti pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, yang tarikhnya ditentukan kemudian.

Speaker Datuk Juhari Bulat berkata meskipun Parlimen telah menguatkuasakan Rang Undang-Undang (RUU) larangan lompat parti 5 Oktober lepas, kerajaan negeri mempunyai cukup masa untuk berbuat demikian.

(Datuk Juhari Bulat)

Katanya sebelum sesi soal jawab persidangan DUN hari ini, dalam Perkara 6, Jadual 8 kerajaan negeri mempunyai masa untuk menguatkuasakan Rang Undang Undang lompat parti.

Sehubungan itu, beliau menolak usul dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga Tan Kok Yew supaya perkara itu dibahaskan pada persidangan DUN Kedah kali ini, meskipun usul dibuat dengan baik dan memenuhi kriteria.

"Ini dalam Perkara 6, Jadual 8. Negeri ada masa untuk nak kuat kuasakan rang undang-undang lompat parti...jadi tak sia-sia kerja Derga memberi proaktif, kerajaan (negeri) pun dah maklum, nak buat dengan betul rang undang-undang lompat parti," katanya, di sini hari ini.

Perlis antara negeri yang telah meluluskan RUU itu dan akan melaksanakan Enakmen Anti-Lompat Parti berkuat kuasa 1 November ini.

Media Baharu