fb fb fb fb fb

70% graduan UUM daripada keluarga B40

(Graduan UUM)

ALOR SETAR, 31 Oktober- 6,611 graduan tahun 2021 bakal menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berlangsung selama lima hari bermula 6 hingga 10 November ini di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Daripada jumlah itu, 70% merupakan graduan daripada keluarga B40.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, majlis konvokesyen melibatkan sembilan sesi itu terdiri daripada 5,537 graduan
Sarjana Muda dan 1,074 graduan pascasiswazah.

Daripada jumlah graduan pascasiswazah, 227 merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan (2), Doktor Pentadbiran Perniagaan (30), Ijazah Sarjana (691) dan Diploma Pascasiswazah (124).

Majlis konvokesyen itu juga meraikan 393 graduan antarabangsa dari 28 negara. Indonesia mencatatkan jumlah teramai iaitu seramai 117 graduan, diikuti China (82) dan Pakistan (43).

Dengan terlahirnya graduan ini yang kebanyakan telah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, pencapaian kebolehpasaran graduan (GE) UUM telah meningkat sekali gus meletakkan satu standard yang baik kepada para majikan.

(Sidang media Majlis Konvokesyen ke-34 UUM) 

Menurut Haim Hilman, "pelajar yang memperoleh ijazah kelas pertama seramai 13.12% atau 868 pelajar daripada jumlah yang akan bergraduasi tahun ini iaitu 6611 adalah mereka yang dapat ijazah kelas pertama.

"Kita juga gembira menyatakan bahawa graduan 2021, daripada 5786 respondan, seramai 5659 telah mendapat pekerjaan, kira-kira 84%. Jadi secara keseluruhan seramai 955 graduan dipilih untuk menerima 31 anugerah utama universiti."

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Alor Setar.

Pada majlis konvokesyen itu, UUM mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan ICT) kepada Tan Sri Dr. Halim Shafie dan Ijazah Kehormat Sarjana (Pengurusan Operasi) kepada Dato’ Che Azmi Murad.

Sultan Kedah yang juga Canselor UUM, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyampaikan ijazah kehormat kepada kedua-dua tokoh tersebut pada sesi pertama, Ahad ini.

Seramai 955 graduan dipilih untuk menerima 31 anugerah utama UUM termasuk anugerah baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan PTPTN.

Sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34, Pesta Konvokesyen (PESKON) dengan tema ‘#INIUUMKITA: Kenangan Tercipta’ akan berlangsung dari 3 hingga 11 November 2022 mulai pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam di Tapak Ekspo, Padang Kawad PALAPES dan sekitar UUM.

Media Baharu