KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kerajaan tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, keputusan tersebut diambil berikutan situasi pandemik COVID-19 telah berakhir.
Tambahnya lagi, 8.1 juta ahli telah mengeluarkan sejumlah RM145 bilion daripada KWSP ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
"Jumlah simpanan antara kaum juga meluas purata simpanan ahli Melayu yang melibatkan 7 juta ahli pada April 2020 sebelum dibenarkan pengeluaran ialah RM16,900 tetapi pada 2022 hanya tinggal RM5,500 sahaja.
"Peratusan penurunan ahli bumiputera lain sebanyak 1.4 juta ahli daripada RM10,600 turun kepada RM3,300 sahaja yang tinggal dalam simpanan," katanya.
Median simpanan rakyat juga telah menyusut sebanyak 20% selepas COVID-19 kepada RM8,100 tahun lepas berbanding RM16,600 pada 2019.
(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)
Datuk Seri Ahmad Maslan juga turut memaklumkan dewan, 51.5% daripada lebih 13 juta ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke atas, mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Beliau menjelaskannya dalam sidang media di Parlimen.