fb fb fb fb fb

Remaja maut, motosikal rempuh kereta belok mengejut

SUNGAI PETANI, 16 Februari- Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 60.4, jalan persekutuan Alor Setar- Butterworth, Sg Petani, Kedah

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta dari arah yang sama.

Setibanya di tempat kejadian didapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun cuba membelok ke kiri jalan secara mengejut.

Mangsa berusia 22 tahun, menunggang motosikal berkuasa tinggi yang berada di belakang kereta tersebut tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kereta terbabit.


(Keadaan motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Sungai Petani, malam tadi)

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abd Halim, Sg Petani untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu