SEREMBAN, 16 Februari- Penganjuran program Khatam Al-Quran Perdana sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan peringkat Negeri Sembilan mendapat sambutan positif pelajar sekolah.
Program selari aspirasi sistem pendidikan negara dengan memastikan setiap murid mencapai potensi diri masing-masing menerusi pembacaan Al-Quran.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, seramai 1,500 orang murid darjah enam dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh Negeri Sembilan terlibat dalam menjayakan program tersebut.
(Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin)
"Anak anak ini akan melalui proses Ramadan, Israk Mikraj supaya mereka sentiasa mengingati hari kebesaran Islam. Disamping itu juga kita hendak lihat anak-anak kita dapat memeriahkan masjid dan surau kembali sempena Ramadan ini.
"Jadi saya harap mereka tidak tertinggal dalam kumpulan tadarus yang ditubuhkan di masjid dan surau sempena ramadan ini insha-Allah.
Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Sembilan di Seremban.
Penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah menjadi teras dalam memperkasa pelaksanaan Program j-QAF yang mula dilaksana sejak tahun 2015.